Harimau mengganas disebabkan musim mengawan, ajar anak memburu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KOTA BHARU: Musim harimau mengawan dan mengajar anak memburu antara faktor utama binatang buas itu mengganas hingga menyebabkan empat kematian di Gua Musang setakat 11 November tahun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Kelantan.
Faktor tersebut akan diambil kira dalam langkah untuk menyelesaikan konflik antara haiwan serta manusia itu, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, beliau turut dimaklumkan bahawa pembukaan hutan juga menyebabkan harimau keluar menyerang manusia.
“Sekarang ini musim mengawan, mencari pasangan dan tempat itu ialah kawasan rayau harimau keluar mencari makanan selain mengajar anaknya memburu, itu antara tiga faktor mengapa haiwan ini menyerang manusia," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Gua Musang dan penduduk setempat. Mereka dikerah selepas laporan berhubung penemuan mangsa dibaham harimau di ladang di Kampung Meranto, Gua Musang.
“Disebabkan hutan yang semakin mengecil memang faktor pertama tetapi proses pembukaan hutan itu biasa bagi kerajaan dan dibuat dengan merujuk Jabatan Alam Sekitar serta mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Rabu (15 Nov), seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Dalam pada itu, mengulas lanjut berhubung kebimbangan jika cadangan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) diteruskan akan memberi impak yang lebih buruk kepada habitat harimau, katanya, perkara itu akan diteliti.
“Kami akan tengok dulu, bukan bermaksud akan ubah semua.
“Kerajaan negeri tidak bermaksud hendak mengganggu semua ekologi,” kata Encik Mohamed Fadzli.
Seorang lelaki warga Indonesia, Lalu Sukarya Yahya, 42 tahun, ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik pada 10 November lalu.
Selang sehari selepas itu, warga Myanmar, Ahka Soe Ya, 22, maut selepas diserang harimau belang ketika menoreh getah di Ladang Meranto pada 11 November lalu.
Sebelum itu, terdapat satu kes kecederaan dan dua kematian melibatkan masyarakat Orang Asli akibat diserang harimau belang pada 12 Mei dan 4 Oktober tahun ini.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.