Hari terakhir jemaah umrah boleh masuk Arab Saudi pada 15 Syawal
(Gambar: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi/Facebook)
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan hari terakhir untuk mengeluarkan visa Umrah bagi musim kali ini ialah pada awal Syawal,
Hari terakhir bagi jemaah Umrah memasuki Saudi pula ialah 15 Syawal.
Kementerian itu juga menambah, hari terakhir jemaah umrah boleh berada tinggal di Saudi ialah pada satu Zulkaedah.
Kementerian itu juga menekankan peri perlunya mematuhi peraturan yang mengawal kemasukan jemaah ke Saudi menjelang musim Haji kali ini.
Ia juga mengingatkan, visa Haji yang sah diperlukan untuk mengerjakan haji dan tidak boleh dilaksanakan dengan visa Umrah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.