Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hari pertama perbicaraan kes pengubahan wang haram, elak cukai Rosmah Mansor dijadual pada 12 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari pertama kes pengubahan wang haram lebih RM7 juta (S$2 juta) dan pengelakan cukai, membabitkan Rosmah Mansor dijangka berlangsung di Mahkamah Tinggi pada Jumaat (12 Mei).

Hakim baru yang akan mendengar kes isteri mantan Perdana Menteri itu ialah Hakim, K Muniandy selepas beliau menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya, lapor Sinar Harian.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan prosiding bermula 12 Mei; 28 dan 30 Jun; 6, 7, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September depan.

Mengikut pertuduhan, Cik Rosmah, 72 tahun, didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 (S$ 2,110,161) dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Sinar Harian, perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Pada April lalu, Cik Rosmah menarik balik rayuannya berhubung permohonan menggugurkan Encik Mohamed Zaini daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.
Ini kerana, Encik Mohamed Zaini yang sepatutnya mendengar perbicaraan kes itu telah dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan awal tahun ini.

Beliau juga merupakan hakim yang menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta (S$295 juta)terhadap Cik Rosmah selepas wanita berusia 72 tahun ini, didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion (S$400 juta) untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, lapor agensi berita Sinar Harian.

Mahkamah juga memerintahkan Cik Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Pendengaran rayuan itu akan didengar bermula 11 hingga 14 Julai ini.

Pendakwaan dalam kes itu dijangka akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yi Ting manakala Cik Rosmah akan diwakili peguam, Geethan Ram Vincent.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan