Skip to main content

Dunia

Hari Kebaya Nasional pertama capai rekod Muzium Rekod Dunia Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Hari Kebaya Nasional pertama capai rekod Muzium Rekod Dunia Indonesia

(Gambar: Jokowi/Instagram/Biro Akhbar Sekretariat Presiden)

Diterbitkan : 25 Jul 2024 01:00AM
JAKARTA: Sambutan Hari Kebaya Nasional yang diadakan di Istana Senayan pada Rabu (24 Jul) mencatat rekod dari Muzium Rekod Dunia Indonesia (Muri).

Penghargaan rekod Muri itu diberikan kepada Kongres Wanita Indonesia (kowani) yang berjaya mengaturkan acara yang melibatkan 9,250 wanita yang memakai kebaya, menurut laporan Kompas.com.

Ketua umum Kowani Dr. Ir. Giwo Rubianto Wiyogo turut mengaku bahawa pemberian rekod ini mengiktiraf komitmen wanita di Indonesia yang berusaha melestarikan kebaya.

Dr. Ir. Giwo turut menjelaskan bahawa pencapaian rekod Muri Dunia ini mendorong usaha untuk membawa kebaya khas Nusantara itu ke UNESCO.

Perayaan Hari Kebaya Nasional di Istana Senayan itu turut dihadiri oleh Presiden Joko Widodo, Isteri beliau Iriana Joko Widodo, serta Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uni.

Cik Irana, yang tampil dalam kebaya berwarna biru dan selendang batik, juga diberi anugerah Ibu Negara yang diserahkan oleh ketua umum Kowani itu.

Hari Kebaya Nasional ditetapkan pada tarikh 24 Julai oleh Presiden Indonesia Joko Widodo menerusi Keputusan Presiden tahun lalu.

Tahun ini merupakan kali pertama masyarakat Indonesia menyambut perayaan itu.

Beberapa faktor dipertimbangkan dalam pengiktirafan itu.

KEBAYA IDENTITI NEGARA

Ternyata, pertimbangan utama merupakan peranan kebaya sebagai identiti negara.

Kebaya merupakan sesuatu yang menyatukan bangsa yang merentasi etnik dan kini berkembang menjadi aset budaya yang sangat berharga, lapor Kompass.com.

Dalam erti kata lain, kebaya harus dijaga dan dipelihara.

KEBAYA SESUAI BAGI PELBAGAI KEGIATAN

Kebaya juga kini merupakan busana yang digunakan secara nasional.

Ia boleh digayakan bagi pelbagai kegiatan, baik yang berskala nasional mahupun antarabangsa.

PELIBATAN WANITA DALAM REVOLUSI INDONESIA

Tanpa pelibatan wanita, revolusi Indonesia tidak mungkin tercapai.

Ini menurut Presiden Pertama Indonesia Soekarno ketika menghadiri Kongres Wanita Indonesia X,di mana kesemua yang hadir di dalam Kongres memakai kebaya.

CAMPUR TANGAN BUDAYA NEGARA LAIN

Menurut seorang aktivis kebaya Atie Nitiasmoro, campur tangan budaya negara lain dalam kebaya merupakan antara proses persilangan budaya yang panjang.

"Kita memang tidak boleh berkata bahawa kebaya asli daripada Indonesia. Ada (campur tangan budaya) daripada Portugis, Cina, Belanda, India, Arab, Persia dan banyak negara," katanya, memetik laporan Kompass.com.

Sebagai sebuah pusat perdagangan, pelbagai budaya memasuki Nusantara, termasuk kebaya.

Bentuk kebaya yang dikenali ramai kini juga berlainan dari bentuk awal busana itu.

PERANAN PERADABAN ISLAM

Sebelum peradaban Islam memasuki Indonesia, busana perempuan pada umumnya adalah kemban biasa untuk menutup bahagian dada.

Menurut Ketua Perempuan Berkebaya Indonesia (PBI) Bogor Sitawati Ken Utami, busana perempuan mula lebih tertutup seiring dengan masuknya peradaban Islam.

LATAR BELAKANG KEBAYA ENCIM YANG UNIK

Indonesia juga memiliki beberapa jenis kebaya Nusantara, yang masing-masing memiliki ciri khas dan sejarah terciptanya sendiri.

Latar belakang kebaya Encim juga cukup unik dan berkaitan dengan budaya peranakan yang berkembang di Indonesia.

Dahulu, wanita-wanita Tionghoa sering melihat para perempuan asli Indonesia memakai kebaya setiap hari.

Ini kemudian menjadi sebuah tren, di mana mereka juga ingin ikut memakainya.

Malah muncul lah kebaya Encim, di mana kata "Encim" itu sendiri berasal daripada bahasa peranakan yang bermaksud "tante".

CIRI-CIRI KHAS TERSENDIRI

Ternyata, dengan kepelbagaian kebaya, setiap jenis yang ada di Nusantara juga mempunyai ciri-ciri khas yang tersindiri.

Contohnya, lipatan kiri dan kanan dan kain kotak tambahan di bahagian dada bagi kebayar Kutubaru.

Ini berlainan daripada kebaya labuh yang sering menggunakan kain songket dan berbentuk lebih panjang sampai ke lutut.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita