Hari ke-9 operasi cari mangsa tanah jerlus Jalan Masjid India: Syarikat swasta hulur bantuan kepada pasukan SAR
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India yang ditangguh awal pagi tadi telah disambung semula hari ini (31 Ogos).
Tinjauan Astro AWANI di lokasi setakat ini mendapati pasukan SAR sudah berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi meneruskan operasi pencarian mangsa, namun belum ada sebarang pergerakan setakat ini.
Sekumpulan kakitangan daripada sebuah syarikat penyedia huraian industri marin meliputi sektor minyak dan gas tiba di tempat kejadian pada pukul 10.00 pagi tadi dan dilihat mengadakan perbincangan dengan pasukan bomba dan penyelamat.
Syarikat berkenaan menawarkan beberapa perkhidmatan seperti tinjauan hidrografi, tinjauan geofizik, siasatan geoteknikal dan 'positioning service'.
Semalam difahamkan bahawa sebuah kamera teleskopik telah digunakan oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan mangsa.
Menurut sumber, kamera tersebut menggabungkan teknologi 'push rod' dan kamera 'crawler' yang digunakan sebelum ini.
Penggunaan kamera itu dijangka akan dapat membantu pasukan SAR mendapatkan imej yang lebih jelas, terutamanya di lurang kedua di kawasan pencarian yang tersumbat.
Awal dari itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Nor Hisham Mohammad berkata adalah terlalu berisiko untuk para penyelam meneruskan operasi SAR.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.