Hari ke-5 kejadian tanah jerlus Jalan Masjid India: Operasi cari mangsa guna kamera di 2 lurang kumbahan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India menggunakan teknologi kamera bagi mengesan keberadaan mangsa.
Bernama difahamkan, operasi itu dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan dua lurang kumbahan iaitu di Jalan Melayu dan Bulatan Kinabalu.
Kerja-kerja dipercayai menggunakan rod tunjal (push rod) dan kamera 'crawler' sedang giat dilakukan.
Tinjauan Bernama turut mendapati proses penggalian tanah di sekitar lokasi kejadian menggunakan jentolak sedang dilaksanakan dalam operasi itu yang memasuki hari kelima.
Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 tahun, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus pada 8.22 pagi, Jumaat lalu.
Wanita itu yang melawat negara tersebut bersama keluarga, sedang berjalan kaki di kawasan tersebut untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.