Skip to main content

Dunia

Harga siling ayam di M'sia terus ditetapkan pada RM9.40 sekilogram

Harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna M'sia.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga siling ayam di M'sia terus ditetapkan pada RM9.40 sekilogram

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Aug 2022 09:13PM
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 (S$2.90) sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai secara sebulat suara oleh Jemaah Menteri dua hari lalu turut menyaksikan harga ayam tidak akan diapungkan di pasaran ekoran kegusaran yang ditimbulkan oleh segelintir pihak.

"Perincian lanjut berhubung keputusan meneruskan penetapan harga siling bagi ayam standard di seluruh negara akan diumumkan secara lebih lanjut dalam pasca mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi esok," katanya dalam ciapan di Twitter rasm hari ini (28 Ogos).

Pada 30 Julai lalu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan harga siling ayam standard RM9.40 sekilogram di semenanjung mungkin tidak akan diteruskan kerajaan selepas 31 Ogos memandangkan bekalannya didapati semakin stabil hari demi hari.

Ini kerana harga pasaran ayam bulat sekarang berada di bawah siling malah terdapat penjual menawarkan harga serendah RM6.99 (S$2.20) sekilogram.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling ayam standard serta kebenaran mengeksport selepas 31 Ogos ini.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita