Harga sayur mungkin naik ekoran hujan lebat di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Mediacorp
JOHOR BAHRU: Hujan lebat yang berterusan di Malaysia sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengurangkan hasil tanaman sayur di seluruh negera, kata petani-petani yang diwawancara Mediacorp.
Kurangnya bekalan sayur sebanyak 20 hingga 30 peratus itu akan menaikkan harga bagi sayur-sayur seperti bayam, bendi, kacang panjang dan cili, tambah mereka.
Presiden persatuan pemborong sayur Malaysia, Steven Lee memberitahu Mediacorp bahawa hujan yang berterusan menjejas kawasan tanaman seperti Melaka dan Cameron Highlands serta pasaran sayur seperti yang di Kuala Lumpur.
“Secara keseluruhannya, hujan yang tidak henti-henti mengurangkan bekalan. Nampaknya bekalan merosot antara 20 dengan 30 peratus, terutamanya di ladang yang tidak terlindung dan di kawasan terbuka. Ini bermakna bekalan sayur-sayuran seperti bayam, bok choy, kacang panjang dan bendi akan terjejas,” kata Encik Lee, yang mengurus ladang di Melaka.
Beliau menambah bahawa cuaca tahun ini tidak dapat diramal kerana hujan seperti lebih kerap baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa hujan lebat hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu.
"Biasanya, pada suku ketiga setiap tahun, antara Julai dengan Oktober, cuaca akan menjadi baik dan bekalan akan lebih seimbang. Petani akan mendapat hasil tanaman yang lumayan dan harga akan turun," kata Encik Lee.
"Namun tahun ini, kita tidak mengalami perkara tersebut dan harga naik, dan akan semakin meningkat," tambah beliau.
Encik Cheng Tai Hoe, pengerusi persatuan petani sayur Yong Peng bersetuju dengan sentimen Encik Lee dan menyatakan bahawa hasil tanaman petani di sebelah utara Johor merosot sebanyak 20 peratus pada bulan Ogos.
"Kalau hujan lebat sehari dalam satu minggu, tidak apa-apa kerana kita boleh mengatasinya. Namun ia sudah berterusan selama beberapa hari," kata Encik Cheng, menambah bahawa kerosotan bekalan akan menyebabkan harga naik.
Encik Cheng menyatakan bahawa ini disebabkan daya pasaran: "Sebagai contoh, terdapat pesanan untuk 10kg timun dari ladang saya tetapi kita hanya ada bekalan sebanyak 5kg. Akhirnya, hanya mereka yang boleh membayar lebih akan dapat membeli."
Beliau berkata bahawa ini akan menjejas pasaran sayur tempatan dan juga eksport sayur ke Singapura.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.