Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga sayur di M'sia diunjur stabil antara akhir Jun hingga Julai

Anggaran Waktu Membaca:

HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia menjangkakan perubahan pada harga sayuran yang tidak menentu ketika ini akan beransur stabil antara akhir Jun hingga Julai.

Menurut Timbalan Menterinya, Rosol Wahid, pengeluar dan pembekal sayur-sayuran memberikan jaminan bekalan sayur stabil dan senario semasa perubahan harga sayur adalah bersifat sementara disebabkan oleh beberapa faktor, lapor Astro AWANI. 

"Kita ada terima laporan kenaikan harga sayur tetapi daripada pengalaman yang lepas, kenaikan sayur ini tidak lama, bergantung kepada musim.

"Jadi harga sayur ini biasa naik dalam sebulan ke dua bulan maksimum kemudian akan turun mendadak, namun kita akan pantau," kata beliau kepada Astro AWANI. 

Encik Rosol menambah pihaknya giat melakukan pemantauan di premis niaga merangkumi pasar basah, pasar awam, pasar raya termasuk kedai runcit bagi mengelak berlakunya manipulasi harga yang boleh menganiaya pengguna.

Jelas beliau, faktor cuaca, masalah penyakit tanaman dan kekurangan tenaga buruh hijrahan menjadi antara punca gangguan pada kestabilan harga sayuran ketika ini, lapor Astro AWANI.

Bagaimanapun, pihak KPDNHEP sentiasa mencari alternatif bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan.

Sebelum ini, peniaga sayur di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang mengeluh harga sayur termasuk sawi naik mendadak selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan lalu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan