Harga minyak masak tidak bersubsidi di M'sia dijangka turun 2 minggu lagi
Anggaran Waktu Membaca:

Minyak masak paket satu kilogram (kg) masih dijual dengan harga terkawal. (Gambar: BERNAMA)
KOTA BHARU: Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Malaysia, Annuar Musa.
Encik Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata pihaknya sudah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas (12 Jul) sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.
"Selepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka, saya mahu tengok harga minyak turun.
"Saya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungjawab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukannya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan harga barangan di Pasar Ketereh, Kota Bharu pada Sabtu (16 Jul).
Mengulas lanjut Encik Annuar berkata pihak industri bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak.
Pengilang yang terbabit membayangkan penurunan harga itu akan dipendekkan secara berperingkat iaitu lima hingga 10 peratus.
Dalam perkembangan lain, Encik Annuar berkata inflasi yang sedang dihadapi kini adalah inflasi yang sudah diduga kerana ia berlaku secara global.

Beliau berkata pasca-COVID-19 membolehkan aktiviti sudah berjalan semula namun berlaku peningkatan permintaan pelbagai industri sedangkan pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.
"Selain itu, peperangan di luar negara menjejaskan perdagangan dan inflasi tersebut berlaku bergantung kepada dasar-dasar kewangan serta monetari polisi negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat," kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.