Harga minyak cecah paras tertinggi; permintaan bangkit semula
Harga minyak mencecah paras tertinggi pada Isnin (18 Okt), sedang permintaan bangkit semula daripada pandemik COVID-19, dipacu oleh permintaan bagi tenaga yang dijana oleh para penjana kuasa sekali gus beralih dari penggunaan gas dan arang batu yang mahal kepada bahan api dan diesel.
(Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Harga minyak mencecah paras tertinggi pada Isnin (18 Okt), sedang permintaan bangkit semula daripada pandemik COVID-19, dipacu oleh permintaan bagi tenaga yang dijana oleh para penjana kuasa sekali gus beralih dari penggunaan gas dan arang batu yang mahal kepada bahan api dan diesel.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$0.87 (S$1.17) atau sebanyak 1 peratus kepada AS$85.73 (S$115.59) bagi setiap tong, iaitu harga tertinggi sejak Oktober 2018.
Niaga hadapan minyak mentah U.S. West Texas Intermediate (WTI) naik AS$1.12 (S$1.51) atau 1.4 peratus, kepada AS$83.40 (S$112.45) setong, iaitu tertinggi sejak Oktober 2014.
Kedua-dua kontrak meningkat sekurang-kurangnya 3 peratus pada minggu lalu.
"Pelonggaran langkah sekatan COVID-19 di seluruh dunia berkemungkinan membantu memulihkan penggunaan bahan api," menurut para penganalisis dari ANZ dalam kenyataannya pada Isnin.
"Pasaran minyak pesawat dirangsang oleh berita bahawa AS akan membuka sempadannya kepada pelawat asing lengkap divaksin pada bulan depan. Langkah-langkah serupa turut dilaksanakan di Australia dan di merata Asia."
Mereka menambah bahawa peralihan dari gas kepada minyak untuk penjana kuasa sahaja boleh meningkatkan permintaan sebanyak 450,000 tong setiap hari pada suku keempat.
Meskipun demikian, bekalan juga mungkin meningkat dari Amerika Syarikat, di mana syarikat-syarikat tenaga pada minggu lalu menambah pelantar minyak dan gas asli buat minggu keenam berturut-turut sedang harga minyak mentah yang melonjak mendorong para penggerudi untuk kembali ke telaga minyak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.