Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga makanan sejagat hampir cecah paras rekod

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Harga makanan sejagat kini hampir mencecah paras rekod disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine, langkah-langkah sekatan, dasar perlindungan dan keadaan cuaca yang serba tidak menentu, menurut Maybank Investment Bank Bhd. 

Dalam catatannya pada Isnin (20 Jun), Maybank turut mendedahkan bahawa indeks harga pengguna (CPI) ASEAN sedang meningkat, tetapi kekal sederhana pada paras 4.2 peratus pada April 2022 berbanding ekonomi-ekonomi lain disebabkan oleh subsidi makanan dan langkah-langkah bagi mengawal harga. 

"Beberapa pengeksport utama ASEAN meraih manfaat daripada harga makanan yang lebih tinggi, tetapi kekangan buruh menghambat mereka daripada meraih keuntungan sepenuhnya. 

"Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan krisis makanan mungkin menghampiri kemuncaknya, dengan mengawal harga baja, serta melonggarkan sekatan eksport," menurut pusat penyelidikan itu. 

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ukuran harga makanan sejagat jatuh sebanyak 0.6 peratus pada Mei berbanding April. 

Harga minyak sayur pula merosot sebanyak 3.5 peratus, sebahagiannya disebabkan oleh penarikan semula larangan eksport terhadap minyak kelapa sawit Indonesia. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan