Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga makanan naik mendadak; kemiskinan bertambah teruk

Hampir setengah bilion orang atau lebih lapan daripada setiap 10 orang di Asia Selatan mengalami kekurangan zat pada 2021 manakala lebih 1 bilion orang menghadapi kekurangan makanan yang serius.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga makanan naik mendadak; kemiskinan bertambah teruk

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 25 Jan 2023 10:23AM Dikemas Kini : 25 Jan 2023 10:23AM

BANGKOK: Hampir setengah bilion orang atau lebih lapan daripada setiap 10 orang di Asia Selatan mengalami kekurangan zat pada 2021 manakala lebih 1 bilion orang menghadapi kekurangan makanan yang serius.

Menurut laporan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta agensi-agensi lain Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (24 Jan), perkara itu berlaku apabila harga makanan meningkat mendadak dan kemiskinan pula bertambah teruk.

Secara global pula, ketiadaan jaminan terhadap makanan meningkat kepada lebih 29 peratus pada 2021 berbanding 21 peratus pada 2014.

Selain itu, pandemik COVID-19 dilihat antara punca orang ramai kehilangan pekerjaan dan gangguan besar-besaran berlaku, selain perang di Ukraine yang menyebabkan harga makanan, tenaga dan baja melambung, memberi kesan kepada berjuta orang.

Disebabkan pandemik itu, hampir satu daripada 10 rakyat Thailand yang terbabit dalam industri pelancongan dan pembuatan mengalami kekurangan zat makanan antara 2019 hingga 2021.

Kemiskinan turut meningkat sebanyak 2.6 peratus antara 2015 hingga 2018, menurut data Bank Dunia. 

Pengarang FAO, Sridhar Dharmapuri, berkata peningkatan dalam kemiskinan dan kekurangan zat makanan akan berlaku secara seiringan.

"Pemakanan tidak sihat dan makanan yang tidak mencukupi juga menjejaskan kesihatan serta daya penghasilan pada masa depan, kerana ia menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut dan terdedah kepada penyakit.

"Laporan itu mengatakan hampir 25 peratus kanak-kanak di Asia Pasifik terjejas akibat tumbesaran terbantut," katanya.

Data itu adalah berdasarkan laporan tahunan kelima mengenai ketiadan jaminan bekalan makanan dan kelaparan oleh agensi di bawah PBB termasuk FAO, UNICEF, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Makanan Sedunia (WFP).

Rantau Asia Pasifik mengimport hampir AS$2 trilion (S$2.64 trilion) makanan setahun, tetapi disebabkan kenaikan harga untuk barang asas seperti beras, gandum dan minyak, ia memberi kesan kepada golongan miskin.

PBB menyifatkan perkara itu sebagai krisis '5F' kerana kekurangan makanan, bahan makanan, baja, bahan api dan pembiayaan.

Disebabkan itu, hampir dua bilion atau hampir 45 peratus orang yang tinggal di Asia tidak mampu membeli makanan yang sihat, sekali gus menyumbang kepada masalah anemia dan obesiti serta kelaparan.

Sumber : AP/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa