Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga kuih raya naik di M'sia namun tetap dapat sambutan

Anggaran Waktu Membaca:
Harga kuih raya naik di M'sia namun tetap dapat sambutan

Gambar: Agensi berita/ Astro AWANI

JERANTUT: Meskipun terpaksa menaikkan harga kuih raya disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah, namun ia tetap mendapat sambutan daripada orang ramai.

Pemilik NMZ Enterprise, Norain Md Zain, 38 tahun berkata, pelanggan tetapnya masih menerima harga baru yang naik antara RM2 hingga RM4 bagi aneka jenis kuih yang dijual.

"Sehingga kini saya menerima tempahan lebih 1,000 balang bagi 11 jenis kuih termasuk Almond London, Almond Snow, tat nanas, biskut makmur, biskut mazola dan cakar ayam yang akan diedarkan sekitar Pahang dan Selangor.

"Saya kira sambutan yang diberikan pelanggan cukup baik kerana mereka dijangka pulang ke kampung menyambut Aidilfitri selepas dua tahun beraya dalam suasana pandemik COVID-19," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis (7 Apr).

Bagi pengusaha kuih raya dari Felda Sungai Retang, Zaiton Mat, 62 tahun berkata, kenaikan harga biskut raya tidak dapat dielakkan ekoran tidak dapat menampung kos kenaikan harga barang mentah terutama tepung gandum dan telur.

Sekalipun harga kuih raya naik, namun produk jualan Norain Md Zain tetap mendapat sambutan daripada orang ramai.

Jelasnya, kenaikan kos tersebut memberi beban kepada peniaga untuk memperoleh keuntungan, di samping perlu menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna.

"Rata-rata pelanggan saya memahami situasi kenaikan kos barang mentah di pasaran dan mereka juga sudah menjangka akan berlaku kenaikan harga kuih raya.

"Syukur juga apabila dimaklumkan harga sudah berubah mereka masih memberi sokongan dengan membeli produk saya,"katanya.

Sumber : Agensi berita/AW/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan