Skip to main content

Dunia

Harga ikan naik, pihak berkuasa M'sia tunggu laporan sebelum bertindak

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya, lapor Sinar Harian.

“Saya akan dapatkan laporan bekalan ikan daripada KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) terlebih dahulu untuk tindakan susulan,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad (18 Jun).

Beliau berkata demikian ketika ditanya masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat seperti kembung, selayang dan kerisi.

Situasi di setiap negeri bagaimanapun berbeza, misalnya kembung yang dijual di Kelantan naik sehingga RM15 (S$4.40) berbanding RM12 (S$3.50) sekilogram, sementara di Kuala Lumpur pula cecah RM24 (S$7) sekilogram.

Kenaikan itu dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berpandangan, kenaikan harga ikan di pasaran juga disebabkan permintaan melebihi penawaran.

Pada masa kini katanya, amat mustahil untuk menurunkan harga ikan kerana jumlah tangkapan nelayan tidak lagi seperti dahulu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita