Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga ikan lebih mahal di M'sia dek kekurangan ikan di perairannya

Harga ikan yang melambung tinggi di pasar-pasar tempatan di Malaysia disebabkan oleh kurangnya bekalannya di perairan berhampiran negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga ikan lebih mahal di M'sia dek kekurangan ikan di perairannya

Gambar hiasan. (Gambar: maritimnews.com)

KUALA LUMPUR: Harga ikan yang melambung tinggi di pasar-pasar tempatan di Malaysia disebabkan oleh kurangnya bekalannya di perairan berhampiran negara itu, menurut Persatuan Nelayan-Nelayan Kebangsaan.

Pengerusinya Abdul Hamid Bahari memberitahu portal Melayu Getaran bahawa nelayan-nelayan tempatan menganggarkan jumlah ikan di laut merosot sehingga 70 peratus, terutama sekali di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Jumlah ini turun daripada lebih sejuta tan sebulan kepada sekitar 300,000 tan sebulan.

Encik Abdul Hamid juga berkata ini sekali gus mengurangkan pendapatan para nelayan.

Beliau menjelaskan sebab di sebalik kenaikan harga ikan.

Ikan tenggiri bersaiz kecil kini dijual pada harga antara RM12 dengan RM14 (S$3.75 hingga S$4.40) bagi setiap kilogram, berbanding RM3 hingga RM4 (S$0.94 hingga S$1.25) sebelum ini.

Getaran juga memetik Jabatan Perikanan sebagai menyatakan penurunan jumlah ikan di perairan Malaysia bukan fenomena yang baru.

"Sebenarnya, ini sudah berlaku sejak 2015 dan apa yang membimbangkan adalah betapa seringnya jumlah ikan menurun disebabkan oleh jumlah besar penangkapan setiap tahun.

"'Ketamakan' ini menyebabkannya turun secara mendadak, dan salah satu faktor utama adalah kegiatan menangkap ikan yang tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia, yang juga cara menangkap ikan secara haram.

"Malah, sebilangan nelayan di Zon C mengambil kesempatan dengan menangkap ikan di Zon A dan B, menyebabkannya menjadi tidak terkawal," menurut sumber itu.

Getaran melaporkan sumber tersebut tidak membantah mahupun mengulas lanjut apabila ditanya sama ada penurunan penampakan ikan disebabkan kegiatan menangkap ikan di laut yang tidak terkawal di sekitar Malaysia.

Meskipun ada penurunan dari segi jumlah ikan yang ditangkap, Jabatan Perikanan menegaskan sekurang-kurangnya penangkapan 1,000,000 tan setiap tahun.

Agensi tersebut mencatat:
1,148,729 tan pada 2015; 1,195,360 tan pada 2016; 1,170,270 tan pada 2017; 1,192,722 tan pada 2018; 1,192,354 tan pada 2019 dan 1,169,201 tan pada 2020.

Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan