Harga durian M'sia semakin mahal; pembeli pilih durian Thailand
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Hiasan: Bernama
KANGAR: Penjualan durian tempatan didapati merosot di sesetengah tempat di Kangar selepas orang ramai memilih untuk membeli durian dari Thailand yang lebih murah.
Seorang penjual durian di Seriab, Syed Alkhaled Syed Ali, 32 tahun, mendakwa hasil jualan durian tempatan di gerainya menurun 70 peratus daripada musim sebelum ini.
"Ramai orang beli durian Thailand kerana harganya lebih rendah berbanding durian tempatan iaitu sekitar RM15 (S$4.69) sekilogram, manakala durian tempatan dijual pada harga antara RM23 (S$7.19) hingga RM70 (S$21.87) sekilogram bergantung kepada jenis durian dan kualiti buah," kata beliau kepada Bernama hari ini (27 Mei).

Bagaimanapun, beliau yang berniaga durian sejak dua tahun lalu berkata masih ada pelanggan tetapnya yang hanya meminati durian tempatan.
"Walaupun hasil jualan merosot, saya tetap memilih untuk menjual durian tempatan kerana ingin memberi kepuasan kepada peminat 'Raja Buah'," katanya.
Turut berkongsi pengalaman, peniaga durian Muhamad Haikal Amin, 38 tahun, yang berkata kenaikan harga durian tempatan setiap tahun menyebabkan beliau menumpukan jualan kepada durian Thailand tahun ini.

"Rata-rata pelanggan meminta durian Thailand kerana harganya lebih murah, jadi tahun ini saya jual lebih banyak durian Thailand berbanding durian tempatan," kata beliau.
Menurutnya lagi, penjualan durian dari negara jiran itu mendapat sambutan baik, namun beliau tetap menjual durian kampung sebagai pilihan kepada pengguna.
Sementara itu, seorang pekerja swasta Rashid Omar, 45 tahun, berkata beliau tetap setia membeli durian tempatan kerana rasanya yang manis dan wangi berbanding durian Thailand.
"Semalam saya ada beli durian Siam sebab sudah lama tidak rasa buah durian dari sana (Thailand), isi buah dan warna buah memang (gred) 'A' tetapi rasanya tidak boleh lawan keenakan durian tempatan.
"Bagi saya cita rasa setiap orang berbeza dan bergantung kepada kemampuan masing-masing kerana harga durian tempatan agak mahal," kata bapa kepada dua orang anak itu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.