Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga durian M'sia dijangka naik tahun ini

Peminat raja buah, terutama jenis premium seperti Musang King dan Duri Hitam, bakal berdepan kenaikan harga seganda pada musim durian tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

JASIN: Peminat raja buah, terutama jenis premium seperti Musang King dan Duri Hitam, bakal berdepan kenaikan harga seganda pada musim durian tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Malaysia Ahmad Hamzah berkata kenaikan itu adalah disebabkan pengeluaran ‘raja buah’ yang dijangka berkurangan hampir 50 peratus akibat faktor cuaca.

"Kita percaya musim hujan pada penghujung Mac ke April lepas memberikan kesan pada penghasilan debunga durian, yang sekali gus memberi impak kepada jumlah pengeluaran buah.

"Kita jangka faktor itu akan menyebabkan jumlah pengeluaran berkurangan hampir 50 peratus di sesetengah negeri," katanya ketika ditemui wartawan semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pengkalan Umbai di Jasin, Melaka, hari ini (14 Mei).

Encik Ahmad berkata selain faktor cuaca, kos baja dan pekerja yang meningkat turut menjejaskan pengeluaran durian, malah lebih lewat berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Setakat ini, Pulau Pinang dan Perak sudah mengakui jangkaan kekurangan pengeluaran durian hingga 50 peratus malah persatuan penanam durian juga memberi laporan kemungkinan harga durian pilihan utama iaitu Duri Hitam dan Musang King akan dinaikkan, di samping durian kampung," ujarnya.

Menurut beliau lagi, harga Duri Hitam dijangka mampu mencecah RM100 (S$31) sekilogram manakala Musang King antara RM60 dan RM80 (S$19-S$25) sekilogram mengikut gred, berbanding RM30 hingga RM40 (S$9-S$12) sekilogram.

Beliau menekankan penetapan had harga durian adalah di luar kawalan pihaknya dan bergantung kepada prinsip pengeluaran serta permintaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan