Harga diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan tanpa subsidi pada RM3.35 seliter mulai 10 Jun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: iStock)
PUTRAJAYA: Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 (S$0.97) bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam Isnin (10 Jun).
Menteri Kewangan II Malaysia Amir Hamzah Azizan ketika mengumumkan perkara itu berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula 'Automatic Pricing Mechanism'.
Beliau berkata dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, ia dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion (S$1.15 bilion) setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
“Keputusan penyasaran subsidi (oleh kerajaan) bukan langkah mudah malah ia diberi perhatian khusus. Kita mahu hentikan ketirisan yang merugikan rakyat dan negara, tahun demi tahun kita tanggung kerugian besar dan boleh merencatkan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media hari ini.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dalam Perutusan Negara yang disampaikan pada 21 Mei lalu berkata jemaah menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.
Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.