Skip to main content

Dunia

Harga diesel Amerika cecah rekod baharu AS$6.48 segelen

Harga purata diesel di Amerika sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi baharu, melebihi AS$6.48 (S$8.30) segelen atau kira-kira 3.8 liter.

Anggaran Waktu Membaca:
Harga diesel Amerika cecah rekod baharu AS$6.48 segelen

Sebuah stesen minyak Chevron memaparkan harga bahan api di Las Vegas, Amerika, pada 18 September 2026. (Gambar: Bizuayehu Tesfaye/Las Vegas Review-Journal menerusi AP)

Diterbitkan : 20 Sep 2026 01:34PM
  • Harga purata diesel di Amerika mencatat rekod baharu, melebihi AS$6.48 segelen menurut data Persatuan Automobil Amerika.
  • Kenaikan berlaku cepat, dengan harga meningkat sekitar AS$0.04 sehari dan hampir AS$0.08 sepanjang minggu lalu.
  • Setahun lalu, diesel berharga sekitar AS$3.70 segelen, hampir separuh daripada paras semasa yang dilaporkan.
  • California mencatat harga tertinggi AS$8.42 segelen, manakala kos barangan boleh terjejas kerana diesel digunakan dalam pertanian dan pengangkutan berat.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Harga purata diesel di Amerika sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi baharu, melebihi AS$6.48 (S$8.30) segelen atau kira-kira 3.8 liter.

Menurut data Persatuan Automobil Amerika (AAA), harga diesel meningkat sekitar AS$0.04 (S$0.05) dalam tempoh sehari dan hampir AS$0.08 (S$0.10) sepanjang minggu lalu.

Sebagai perbandingan, harga diesel setahun lalu adalah sekitar AS$3.70 ($4.72) segelen, hampir separuh daripada paras sekarang.

Harga diesel paling tinggi dicatatkan di California, iaitu AS$8.42 (S$10.74)segelen.

Kenaikan harga diesel turut memberi kesan langsung terhadap kos barangan kerana bahan api itu digunakan untuk menggerakkan jentera pertanian serta lori berat dalam rantaian bekalan.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita