Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Harga ayam di Kota Bharu lambung naik; jangkaui harga maksimum ditetapkan kerajaan

Anggaran Waktu Membaca:
Harga ayam di Kota Bharu lambung naik; jangkaui harga maksimum ditetapkan kerajaan

Salah seorang peniaga ayam di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. (Gambar: Nik Abdullah Nik Omar/Harian Metro)

KOTA BHARU: Harga ayam meningkat mencecah RM10 (S$3.20) sekilogram sekali gus melebihi harga bumbung yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM8.90 (S$2.70) satu kilogram (kg).

Tinjauan Harian Metro ke beberapa pasar basah di Kota Bharu mendapati kebanyakan ayam segar dijual pada harga antara RM9.50 (S$3.07) hingga RM10 (S$3.20) sekilogram.

Selain itu, tinjauan mendapati harga sayur-sayuran turut mengalami peningkatan, antaranya timun batang dan cili api.

Peniaga, Zulwati Abdullah, 40 tahun, mendakwa peniaga tidak dapat menjual ayam segar pada harga bumbung yang ditetapkan kerana menerimanya pada harga RM8.90 (S$8.90) sekilogram daripada pemborong, menurut Harian Metro. 

"Jika dijual juga pada nilai (RM8.90) terbabit, mana keuntungan buat kami sebagai peniaga ayam? Pemborong menggunakan alasan stok ayam berkurangan selain harga makanan ayam semakin meningkat.

"Peniaga ayam memperoleh keuntungan hanya 50 sen (S$0.16) hingga RM1 (S$0.32) sahaja, ia tidak termasuk dengan kos ais untuk memastikan kesegaran ayam, plastik serta air yang digunakan untuk membasuh bekalan.

"Saya dapat mengagak bahawa kenaikan harga akan berlaku sepanjang Ramadan, malah kemungkinan besar ia semakin meningkat apabila tiba Hari Raya," katanya yang sudah 15 tahun menjadi peniaga ayam segar, seperti dinukil Harian Metro. 

Katanya, pelanggan merungut apabila harga ayam naik, namun mereka bagaikan sudah biasa dengan keadaan berkenaan dan tetap membelinya.

Sementara itu, pembeli, Suhaida Ismail, 38 tahun, mendakwa harga timun batang meningkat kepada RM25 (S$8.07) sekilogram berbanding hanya RM18 (S$5.81) sebelum ini selain cili api kepada RM20 (S$6.45) sekilogram berbanding RM12 (S$3.87).

"Saya berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya kerana ia bukan sahaja membebankan masyarakat, tetapi juga pengusaha makanan dan kedai makan," katanya. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan