'Hanya Team DAP': Penegasan Anthony Loke dorong ketua UMNO Ahmad Zahid tarik balik dakwaan perpecahan dalam DAP
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi berkata pada Ahad (18 Jan) bahawa beliau tidak berniat untuk menggambarkan kewujudan puak-puak dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam kerajaan perpaduan.
Penjelasannya dibuat selepas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menolak dakwaan Encik Ahmad Zahid yang dibuat semasa perhimpunan agung tahunan UMNO pada Sabtu (17 Jan), di mana presiden UMNO itu seolah-olah membayangkan bahawa ada puak-puak wujud dalam DAP.
Encik Ahmad Zahid mendakwa bahawa satu puak dalam DAP, yang didakwanya tidak selari dengan kepimpinan utama DAP, bertanggungjawab terhadap beberapa kenyataan yang menyasarkan pemimpin UMNO termasuk bekas presiden parti, Najib Razak, lapor media tempatan.
Dalam ucapan penutupnya di perhimpunan agung tahunan UMNO, timbalan perdana menteri itu berkata bahawa mereka yang mengkritik Najib dan Ketua Pemuda UMNO Muhammad Akmal Saleh adalah sebahagian daripada apa yang beliau sifatkan sebagai "Team B" dalam DAP, yang sekali gus memberi gambaran mungkin terdapat perpecahan dalam parti berkenaan.
"Saya sudah bertemu dengan setiausaha agung mereka (Anthony Loke) dan bertanya mengapa para pemimpin terbabit membuat kenyataan sedemikian terhadap Najib dan Akmal," Encik Ahmad Zahid dilaporkan berkata. Ini sekali gus membayangkan bahawa Encik Loke sudah berbicara dengannya tentang puak yang didakwa wujud itu, menurut laporan New Straits Times.
Kedua-dua UMNO dan DAP merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang dibelenggu pertikaian susulan dua keputusan mahkamah yang tidak disenangi melibatkan Najib Razak pada Disember lalu.
Encik Loke pada Ahad menafikan bahawa ada kem berasingan wujud dalam DAP dan menyangkal dakwaan Encik Zahid bahawa beliau membincangkan perkara itu dengannya.
"Adakah masuk akal untuk saya berkata begitu? Saya boleh dianggap bodoh untuk kekal dalam politik jika saya beritahu parti lain ada Team B dalam parti saya sendiri. Saya menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan tidak pernah bercakap dengan Zahid tentang perkara itu," kata Encik Loke, seperti yang dinukil oleh New Straits Times.
“Dalam DAP, tiada pasukan A, B atau C. Hanya ada satu pasukan - Team DAP,” tambah Encik Loke, seperti yang dinukil oleh The Star.
Encik Loke berucap di Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2026 di Klang.
Menjelaskan lebih lanjut, Encik Loke berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin, yang dilihat seolah-olah meraikan keputusan mahkamah terhadap Najib.
Cik Yeo, yang merupakan Anggota Parlimen Puchong, menerima kritikan daripada pemimpin UMNO susulan komennya mengenai kegagalan usaha Najib untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan dalam rumah.
“Saya ada katakan dalam satu podcast bahawa tindakan sedemikian (oleh Yeo) tidak perlu … Dalam DAP, mungkin ada perbezaan pendapat, tetapi kami menguruskannya secara dalaman, melalui mesyuarat,” Encik Loke dinukil sebagai berkata demikian oleh The Vibes pada hari Ahad.
“Dari luaran, kami adalah parti yang bersatu padu dan berdisiplin, dan tiada siapa yang boleh memecahbelahkan kami. Apa yang cuba dilakukan di sini adalah taktik lama untuk ‘memecahbelahkan dan rampas kuasa’. Ia mungkin berkesan ke atas parti lain, tetapi ia tidak akan berkesan terhadap DAP,” tambahnya.
Membalas komen Encik Loke, Encik Ahmad Zahid kemudian berkata pada Ahad bahawa beliau menarik balik kata-katanya jika ia menyinggung DAP, sambil menambah bahawa beliau tidak berniat untuk menggambarkan kewujudan beberapa kem dalam DAP.
Beliau berkata beliau sekadar menekankan bahawa ada kenyataan yang bercanggah daripada sekumpulan kecil pemimpin yang tidak mencerminkan pendirian rasmi parti itu.
“Jadi ia hanyalah satu gambaran, bukan bukti ada puak-puak dalam DAP,” kata timbalan perdana menteri itu kepada para pemberita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, seperti yang dinukil oleh Free Malaysia Today.
“Jika ia menyinggung perasaan DAP, saya menarik balik apa yang saya katakan. Ia sama sekali tidak bertujuan menggambarkan bahawa terdapat dua kem dalam parti berkenaan.”

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.