Hanya satu perjalanan feri ulang alik ke Langkawi dalam sehari kerana sekatan
Perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari mulai Isnin (9 Nov)hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat, kata Pengarah Laut Wilayah Utara Jabatan Laut Malaysia Mohd Hafiz Abdul Majid.

(Gambar: Bernama)
LANGKAWI: Perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari mulai Isnin (9 Nov) hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat, kata Pengarah Laut Wilayah Utara Jabatan Laut Malaysia Mohd Hafiz Abdul Majid.
Beliau berkata sebelum ini pihaknya menerima permohonan daripada syarikat pengendali feri, Konsortium Ferry Line Ventures untuk mengurangkan jumlah perjalanan feri harian melibatkan kedua-dua laluan tersebut dan permohonan itu telah dihantar ke ibu pejabat untuk kelulusan.
"Jabatan Laut Malaysia telah meluluskan permohonan operator feri tersebut. Bermula esok, hanya satu perjalanan sehari bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi akan beroperasi.
“Perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dijadualkan pada pukul 10.00 pagi, manakala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada pukul 5.00 petang. Jadual perjalanan ini berkuat kuasa bermula esok hingga tamat tempoh PKPB,” katanya kepada Bernama pada Ahad (8 Nov).
Encik Mohd Hafiz berkata selain itu, pihak operator juga sudah memohon untuk menghentikan operasi melibatkan laluan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dalam tempoh PKPB.
"Permohonan ini juga telah diluluskan dalam tempoh PKPB, perjalanan feri penumpang dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dihentikan operasi,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.