Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hanya rakyat boleh tukar PM, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh menukar seorang Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya rakyat boleh tukar PM, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar fail: Manan Vatsyayana/Hani Amin/AFP)

Diterbitkan : 28 Apr 2019 08:46PM Dikemas Kini : 28 Apr 2019 08:47PM

BEIJING: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh menukar seorang Perdana Menteri.

“Dulu kita ingat pada suatu masa dahulu, ada TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang telah ditukar, dululah, bagi kepada adik TMJ itu.

“Jadi TMJ boleh ditukar, Perdana Menteri cuma rakyat sahaja yang boleh tukar,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja lima hari di China bagi menghadiri Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera di Beijing pada Ahad (28 Apr).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rakaman klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang didakwa berkata lebih baik menukar perdana menteri daripada menukar jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bejamin Mora.

Pemimpin berusia 94 tahun itu juga berkata: “Kalau dia boleh undi, undilah bagi saya jatuh.”

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan