Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hanya ada peluang kecil tangani bencana iklim meruncing di Asia: laporan PBB

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Bencana alam dicetuskan oleh perubahan iklim menimbulkan ancaman lebih serius kepada rantau Asia Pasifik berbanding apa yang dicatat sebelum ini, menurut laporan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia menggesa rantau itu supaya mempertingkatkan daya tahan.

Laporan Bencana Asia Pasifik 2023 yang diterbitkan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ESCAP) pada Selasa (25 Jul), mendapati bahawa kerugian tahunan di rantau itu boleh mencecah hampir AS$1 trilion (S$1.3 trilion) jika pemanasan global mencapai dua darjah Celsius melebihi paras pra-industri.

Usaha untuk mencegah kenaikan suhu tersebut adalah penting dalam usaha menangani perubahan iklim. Namun senario itu tidak sukar untuk dipercayai boleh berlaku sedang bumi dijangka mencecah suhu 1.5 darjah Celsius dalam lima tahun akan datang.

Dengan pemanasan yang berterusan, rantau itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan pantas terhadap perubahan iklim yang akan menyebabkan lebih banyak kejadian banjir, puting beliung tropika, gelombang panas dan kemarau yang lebih kerap dan teruk.

"Rantau ini hanya ada peluang yang kecil untuk mempertingkatkan daya tahan," kata Armida Salsiah Alisjahbana, Setiausaha Agung PBB dan setiausaha eksekutif ESCAP dalam satu kenyataan media.

Rantau Asia Pasifik adalah rantau paling terdedah kepada bencana di dunia, dan kejadian pada 2022 tidak dikecualikan.

Kira-kira 140 bencana yang berlaku secara berasingan menjejas rantau tersebut, meragut lebih 7,500 nyawa, menjejas 64 juta orang dan menyebabkan kerosakan ekonomi dianggarkan bernilai AS$57 bilion (S$76 bilion), menurut laporan itu.



Dengan kenaikan suhu sebanyak 1.5 darjah Celsius, 85 peratus penduduk rantau itu akan terdedah kepada pelbagai jenis risiko, yang akan menjejas penghasilan makanan dan jaminan bekalan tenaga.

Usaha untuk mempertingkat huraian berasaskan alam semula jadi, seperti melindungi dan memperkukuhkan hutan bakau dan batu karang, serta memperbaiki sistem amaran awal dan perlindungan sosial lebih kukuh bagi golongan masyarakat yang terdedah kepada perubahan iklim, dikemukakan sebagai bidang utama yang harus ditumpukan pemerintah dan pihak berkepentingan.

Sistem amaran sedemikian untuk melindungi industri penting tertentu seperti pertanian dan tenaga mungkin dapat mengurangkan kerugian akibat bencana sehingga 60 peratus, dedah laporan itu.

Laporan tersebut juga menggesa pelaburan segera dalam sistem yang dapat mengesan dengan lebih baik risiko bahaya, iaitu golongan yang paling terjejas oleh bencana alam pada masa hadapan, dan menghasilkan pelan tindakan awal.

Laporan itu juga menekankan kos yang lebih tinggi jika tiada tindakan diambil.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan