Hanya 38% hospital di Gaza masih beroperasi
Hanya 38 peratus pusat perkhidmatan kesihatan di Gaza masih beroperasi namun dalam kapasiti yang sangat terhad.

Kepulan asap terbentuk susuli letupan dekat sempadan Carikan Gaza. (Gambar: Reuters)
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) menerusi platform X pada Isnin (9 Jun).
Pakar bedah trauma dan pegawai kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Thanos Gargavanis, berkata Jabatan Kecemasan Kompleks Perubatan Nasser kini menjadi nadi utama sistem kesihatan di Gaza menerima mangsa serangan setiap hari.
"Hospital tidak sepatutnya dijadikan sasaran ketenteraan dan harus dilindungi pada setiap masa," katanya.
Sementara itu, jurucakap OCHA, Olga Cherevko, memaklumkan bahawa tiada lagi hospital yang berfungsi di bahagian utara Gaza.
Ini termasuk pusat kesihatan termasuk Hospital Nasser yang mana Israel terus berusaha memadam Gaza dari peta dunia.
Situasi kemanusiaan di Gaza terus meruncing dengan sistem kesihatan hampir lumpuh sepenuhnya, menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.