Hanya 20 minit bagi pelepasan jemaah haji di bawah inisiatif 'Makkah Road'
Baru-baru ini, Arab Saudi melancarkan satu inisiatif baru khas bagi para jemaah haji Malaysia dan Indonesia.

Gambar fail.
JEDDAH: Baru-baru ini, Arab Saudi melancarkan satu inisiatif baru khas bagi para jemaah haji Malaysia dan Indonesia. Dinamakan inisiatif 'Makkah Road', para jemaah haji dijangkakan hanya perlu meluangkan masa selama 20 minit bagi urusan pelepasan jemaah, dari waktu pesawat mendarat hingga menaiki bas yang menunggu untuk menghantar mereka ke hotel masing-masing di Makkah.
Ia salah satu daripada inisiatif di bawah Program Transformasi Negara 2020 untuk mencapai Wawasan Kerajaan Arab Saudi 2030 bagi meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan prosedur untuk para jemaah.
"Kami menjangkakan untuk meningkatkan jumlah negara yang terlibat dalam inisiatif ini tahun depan,” kata Menteri Media Arab Saudi Dr Awwad Bin Saleh Al Awwad.
PROSES LEBIH LANCAR, CEPAT
Inisiatif itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi berkenaan di Arab Saudi untuk memudahkan urusan dan keperluan jemaah haji.
Cap jari jemaah haji yang tiba di bawah inisiatif ini diambil dan pasport mereka dicop di negara asal semasa berlepas. Kemasukan mereka ke Arab Saudi akan dipermudahkan seperti penerbangan domestik, sementara bagasi akan dihantar terus ke hotel dan tempat tinggal mereka.
Inisiatif itu turut melibatkan jemaah dari Indonesia yang menaiki penerbangan melalui Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.