Skip to main content

Dunia

Hanya 1 umrah dibenarkan setiap bulan

Pihak berkuasa Arab Saudi mengehadkan pelaksanaan ibadah umrah untuk setiap warga dan penduduk tetap negara itu kepada hanya satu umrah setiap bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya 1 umrah dibenarkan setiap bulan

Para jemaah umrah di Makkah pada 25 Dis 2020. (Gambar: Haramain/Facebook)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 05:00PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 05:01PM

MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengehadkan pelaksanaan ibadah umrah untuk setiap warga dan penduduk tetap negara itu kepada hanya satu umrah setiap bulan.

Penguatkuasaan satu umrah setiap bulan itu dilaksanakan menerusi aplikasi telefon bijak Eatamarna kelolaan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Kalau sebelum 29 Disember, sesiapa saja warga atau penduduk tetap Saudi boleh menempah slot umrah jika ada yang kosong.

Namun sejak Selasa lalu, seseorang yang memasuki aplikasi Eatamarna hanya boleh memilih hanya satu slot umrah dalam tempoh sebulan.

Walaupun sebab perubahan tempahan slot umrah yang dihadkan kepada sebulan sekali itu tidak didedahkan pihak berkuasa, orang ramai berpendapat ia mungkin bagi mengelakkan kesesakan di Masjidil Haram.

Mujur tempahan untuk solat di Masjidil Haram masih tidak berubah dan sesiapa saja boleh menempah solat fardu dalam tempoh seminggu selepas ia dibuka.

Dua hari lalu, Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr. Mohammed Saleh Benten, mengumumkan bahawa lima juta jemaah sudah melakukan ibadah umrah, solat dan melawat makam Nabi Muhammad, sejak pembukaan semula ibadah-ibadah tersebut, pada Oktober lalu.

Sejauh ini, tiada kes COVID-19 yang dikesan di kalangan para jemaah di Saudi.

Saudi menggantung semua ibadah solat dan umrah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak Mac 2020, akibat penularan COVID-19.

Bagaimanapun, semua ibadah dibuka semula secara bertahap-tahap dengan warga asing dari luar Saudi, dibenarkan melakukan umrah pada 1 November lalu, di bawah fasa ketiga.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita