Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hans Isaac, Dr Xavier nafi bertanding di Kuala Langat

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: SHAH ALAM: Pengarah dan pelakon, Gerald Hans Isaac, 51 serta bekas Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar menafikan diri mereka bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia berikutan sebuah poster yang tular dalam media sosial pada Sabtu (23 Okt) memaparkan kedua-dua mereka bersama Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy Rama dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Namun Encik Hans Isaac ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tidak mengetahui dirinya terpilih sebagai calon yang akan bertanding merebut kerusi Parlimen tersebut.

"Sudah empat hari saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur kerana ada jangkitan paru-paru, hari ini baru saya keluar.

"Saya tidak tahu akan poster tersebut, apa-apa saya kena tunggu pucuk pimpinan atau presiden hubungi seperti biasa," katanya semalam (22 Okt).

Dalam pada itu, Xavier memaklumkan ingin berehat seketika daripada sebarang aktiviti politik buat masa ini walaupun banyak pihak inginkan beliau bertanding dalam PRU15.

Bagaimanapun, beliau tetap dengan keputusannya untuk berhentikan kegiatan politik buat sementara waktu.
 
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan