Hanoi diisytihar bandar paling tercemar dunia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Nhac NGUYEN)
HANOI: Ibu kota Vietnam, Hanoi, diselubungi asap tebal sejak beberapa minggu lalu, yang menempatkannya di kedudukan teratas senarai bandar paling tercemar di dunia.
Ini sedang pemerintah negara itu menyatakan ia akan menggalakkan lebih banyak penggunaan kenderaan elektrik (EV) untuk menangani masalah tersebut.
Paras zarah halus berbahaya, dikenali sebagai PM2.5, dicatat pada 266 mikrogram setiap meter kubik di Hanoi pada Jumaat (3 Jan), iaitu bacaan tertinggi antara senarai bandar paling tercemar, menurut AirVisual, yang menyediakan maklumat pencemaran udara global bebas melalui aplikasi telefon.
Negara asia tenggara itu, yang merupakan hab pembuatan serantau dengan salah satu ekonomi paling pesat berkembang di Asia, melaporkan pencemaran udara teruk di bandar utamanya, terutama di Hanoi.
Asap tebal tersebut berpunca daripada trafik yang padat, pembakaran sampah dan kegiatan kilang.
Bercakap di mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan pada Khamis (2 Jan), Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tran Hong Ha menggesa peralihan kepada kenderaan elektrik dipercepatkan, sebagai usaha untuk mengurangkan pencemaran, lapor media tempatan.
Setakat ini, Hanoi mempunyai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus bas dan 100 peratus teksi dijadikan kenderaan elektrik menjelang 2030.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.