Skip to main content

Dunia

Hanoi bandar paling tercemar di dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Hanoi bandar paling tercemar di dunia

(Gambar: Nhac NGUYEN / AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2025 03:43PM Dikemas Kini : 04 Jan 2025 03:44PM
  • Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat (3 Jan), lapor Agensi Anadolu (AA).
  • Data daripada AirVisual, penyedia bebas rating pencemaran udara global, menunjukkan kepekatan PM2.5 di udara kini “13.2 kali ganda” lebih tinggi berbanding nilai panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
  • Memandangkan kualiti udara berada pada tahap “tidak sihat,” indeks kualiti udara (AQI) bertukar menjadi warna coklat dengan bacaan setinggi 309 di beberapa lokasi.
  • AirVisual menasihatkan para penduduk di Hanoi supaya mengelakkan senaman di luar rumah, menutup tingkap bagi menyekat udara luar yang tercemar, serta memakai pelitup apabila berada di luar rumah.
Dijana oleh AI
HANOI: Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat (3 Jan), lapor Agensi Anadolu (AA).

Data daripada AirVisual, penyedia bebas rating pencemaran udara global, menunjukkan kepekatan PM2.5 di udara kini “13.2 kali ganda” lebih tinggi berbanding nilai panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PM2.5 mengukur tahap zarah kecil berbahaya di udara.

Memandangkan kualiti udara berada pada tahap “tidak sihat,” indeks kualiti udara (AQI) bertukar menjadi warna coklat dengan bacaan setinggi 309 di beberapa lokasi.

AQI mempunyai julat antara sifar hingga 500 - dengan angka yang lebih tinggi menunjukkan tahap pencemaran dan kesan kesihatan yang lebih serius.

AirVisual menasihatkan para penduduk di Hanoi supaya mengelakkan senaman di luar rumah, menutup tingkap bagi menyekat udara luar yang tercemar, serta memakai pelitup apabila berada di luar rumah.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita