Skip to main content

Dunia

Hamzah Zainudin kembali galas tugas sebagai Ketua Pembangkang Malaysia

Hamzah Zainudin akan kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Hamzah Zainudin kembali galas tugas sebagai Ketua Pembangkang Malaysia

Hamzah Zainudin akan kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang Malaysia. (Gambar fail)

Diterbitkan : 13 Jun 2026 10:09PM
KUALA LUMPUR: Hamzah Zainudin akan kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata Pas dan Gerakan Reset membuat keputusan itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.

"Kita mendapat suara daripada ahli-ahli Parlimen, bukan Pas sahaja. Maka, Pas membuat keputusan bersetuju meneruskan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang," katanya ketika mengumumkan perkara itu di Konvensyen Reset Malaysia di Kota Harmoni, Tanah Merah pada Sabtu (13 Jun).

Encik Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memaklumkan bahawa Ahmad Samsuri Mokhtar kekal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Encik Ahmad Samsuri, yang juga Naib Presiden Pas, mengambil alih jawatan Pengerusi PN pada Februari lalu selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, melepaskan jawatan tersebut.

Beliau sebelum ini menggantikan Encik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pada bulan lepas.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita