Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hamza bin Laden, anak Osama, dibunuh dalam operasi antipengganas AS

Hamza bin Laden, anak kepada pemimpin Al Qaeda Osama bin Laden, mati dibunuh dalam satu operasi antipengganasan Amerika Syarikat, dedah Rumah Putih pada Sabtu (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Hamza bin Laden, anak Osama, dibunuh dalam operasi antipengganas AS
Diterbitkan : 15 Sep 2019 12:14AM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 12:16AM

WASHINGTON: Hamza bin Laden, anak kepada pemimpin Al Qaeda Osama bin Laden, mati dibunuh dalam satu operasi antipengganasan Amerika Syarikat, dedah Rumah Putih pada Sabtu (14 Sep).

Hamza juga merupakan seorang tokoh penting dalam kumpulan militan itu.

Menurut satu kenyataan Rumah Putih, operasi itu dijalankan di rantau Afghanistan-Pakistan.

"Kematian Hamza bin Laden bukan sahaja melenyapkan kepimpinan al-Qaeda serta hubungan simboliknya dengan bapanya, malah menjejas kegiatan operasi penting kumpulan itu," menurut kenyataan tersebut.

Hamza, yang dipercayai berusia sekitar 30 tahun, ada bersama-sama bapanya di Afghanistan sebelum serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat. Dia juga meluangkan masa dengan bapanya di Pakistan setelah penaklukan Afghanistan yang dipimpin Amerika Syarikat menyebabkan sebahagian besar pemimpin kanan kumpulan Al Qaeda melarikan diri ke sana, menurut Institusi Brookings.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan Hamza sebagai seorang pengganas antarabangsa pada 2017 setelah dia menyeru serangan pengganas ke atas ibu kota-ibu kota negara Barat dan mengugut untuk membalas dendam terhadap Amerika Syarikat kerana membunuh bapanya.

Menukil seorang pegawai Amerika Syarikat yang tahu tentang hal ini, Reuters pada 31 Julai melaporkan bahawa Hamza sudah dibunuh. Namun kenyataan pada Sabtu adalah pertama kali pemerintah Amerika Syarikat mengesahkan operasi itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan