Skip to main content

Dunia

Hampir separuh rakyat AS sokong siasatan bagi mendakwa Presiden Trump

Satu tinjauan pendapat di Amerika Syarikat menunjukkan 47% rakyat negara itu menyokong siasatan bagi mendakwa Presiden Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir separuh rakyat AS sokong siasatan bagi mendakwa Presiden Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2019 07:47PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 07:52PM

WASHINGTON: Satu tinjauan pendapat di Amerika Syarikat menunjukkan 47% rakyat negara itu menyokong siasatan bagi mendakwa Presiden Trump.

Tinjauan oleh AP-NORC itu dilakukan selepas Dewan Perwakilan meluluskan proses siasatan rasmi mendakwa Presiden Trump.

Presiden Trump sendiri menyifatkan siasatan untuk mendakwa beliau sebagai "perbuatan sengaja mencari-cari kesalahan orang yang terburuk dalam sejarah Amerika".

Hampir semua anggota Democrat menyokong ketetapan bagi siasatan rasmi itu manakala semua anggota Republican, menolaknya.

Langkah itu merintis jalan bagi tahap selanjutnya proses mendakwa Presiden Trump, lengkap dengan semua peraturannya. Ia termasuk sesi soal jawab siasatannya disiarkan di televisyen.

Presiden Trump dituduh menyalahgunakan kuasanya untuk mengenakan tekanan terhadap Presiden Ukraine supaya menyiasat seteru politiknya, Joe Biden.

Encik Biden dijangka menjadi saingan utama Presiden Trump dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita