Hampir separuh pusat kesihatan asas di Lubnan ditutup: WHO
Anggaran Waktu Membaca:

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus. (Gambar: AFP)
MOSKO: Sebanyak 100 daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan ditutup sementara jumlah mangsa yang cedera terus meningkat, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu (12 Okt), lapor Sputnik.
"Daripada 207 pusat kesihatan asas di kawasan konflik di Lubnan, 100 kini ditutup disebabkan peningkatan keganasan," catatnya di platform X.
"Lima hospital telah ditutup akibat kerosakan struktur susulan serangan."
Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dalam serangan terhadap kemudahan perubatan, tambah Encik Tedros.
"Jumlah individu yang cedera semakin meningkat. Sistem kesihatan bergelut untuk menampungnya kerana kekurangan sumber manusia dan kapasiti.
"Kami menyeru perlindungan segera ke atas pesakit dan pekerja kesihatan. Kami menyeru untuk keamanan," tegasnya lagi.
Sejak 1 Oktober, Israel menjalankan operasi darat terhadap Hezbollah di selatan Lubnan. Jumlah korban akibat serangan Israel melebihi 2,000 orang.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.