Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir separuh penumpang tiba di Milan dari China diuji positif COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

ROME: Hampir separuh daripada penumpang dalam dua penerbangan dari China ke Milan baru-baru ini diuji positif COVID-19, menurut pegawai kesihatan Itali pada Rabu (28 Dis).

Sekitar 38 peratus penumpang dalam sebuah penerbangan ke Lapangan Terbang Malpensa, Milan, diuji positif COVID-19, manakala kira-kira 52 peratus penumpang dalam penerbangan kedua turut diuji positif.

Demikian menurut para pegawai tempatan di kawasan Lombardy, Itali. 

Itali akan mula menjalankan ujian COVID-19 ke atas semua pelawat dari China untuk mengenal pasti sebarang varian baru di tengah-tengah lonjakan jumlah kes koronavirus itu di China, umum menteri kesihatan Itali pada Rabu. 

Sekiranya jujukan baru dikesan, para pegawai mungkin mengenakan sekatan perjalanan lebih ketat bagi pelawat dari China, lapor Bloomberg. 

"Langkah itu penting untuk memastikan pemantauan dan pengesanan varian-varian virus yang mungkin timbul demi melindungi penduduk Itali," kata Menteri Kesihatan Orazio Schillaci. 

Beberapa negara lain, termasuk Jepun, India, Korea Selatan, Taiwan, Malaysia dan Amerika Syarikat sudahpun menguatkuasakan syarat-syarat serupa, menurut CBS News. 

Walaupun perangkaan rasmi kekal rendah, anggaran dalaman mencadangkan bahawa hampir 250 juta penduduk mungkin sudah dijangkiti COVID-19 dalam 20 hari pertama bulan Disember, menurut laporan Financial Times minggu lalu. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan