Hampir separuh kes penipuan di ASEAN gagal diselesaikan: Laporan GSMA 2026
Hampir separuh (45 peratus) daripada kes penipuan yang dilaporkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam masih gagal diselesaikan, walaupun pengguna mengambil lebih banyak langkah untuk melindungi diri, menurut Laporan Penipuan Pengguna ASEAN GSMA 2026, lapor Xinhua pada Rabu (9 Sep).
- Laporan GSMA 2026 mendedahkan 45 peratus kes penipuan di enam negara ASEAN masih belum diselesaikan walaupun pengguna lebih berhati-hati.
- Majoriti mangsa kehilangan wang dan hanya sebilangan kecil berjaya mendapatkan semula kerugian mereka.
- Aplikasi pemesejan menjadi saluran utama penipuan, sementara kebimbangan terhadap penggunaan AI dalam penipuan semakin meningkat.
- Penipuan kini banyak melibatkan pelaburan, mata wang kripto, beli-belah dalam talian dan pekerjaan, menyebabkan ramai pengguna menukar akaun atau penyedia perkhidmatan.
Kira-kira lapan peratus pengguna dalam tinjauan itu ditipu dalam tempoh 12 bulan lalu.
Dalam kalangan mangsa, 68 peratus kehilangan wang, dengan 82 peratus tidak dapat menebus kerugian mereka manakala hanya 10 peratus memperoleh semula kesemua wang mereka, menurut laporan yang didedahkan pada Sidang Puncak Amanah Digital di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kes-kes yang tidak berjaya diselesaikan telah menghakis kepercayaan pengguna terhadap saluran komunikasi, platform digital dan perkongsian data, dengan ramai yang mengubah cara mereka menggunakan perkhidmatan digital dan bertindak balas terhadap sistem komunikasi, menurut laporan itu.
Laporan itu turut menunjukkan bahawa aplikasi pemesejan muncul sebagai saluran paling kerap berlaku pertemuan dengan penipu iaitu menyumbang 41 peratus daripada pengalaman penipuan yang dilaporkan.
Sementara itu, kaitan pengguna platform digital utama dengan penipuan telah meningkat di seluruh rantau ini.
Laporan itu juga mendapati bahawa 96 peratus pengguna bimbang ditipu atau digodam, manakala hampir sembilan daripada 10 mengiktiraf sekurang-kurangnya satu bentuk AI digunakan dalam penipuan.
Aktiviti penipuan semakin beralih ke arah pelaburan, mata wang kripto, beli-belah online dan penipuan pekerjaan, iaitu mangsa dipujuk untuk memindahkan wang sendiri.
Pengguna yang pernah mengalami penipuan, mempunyai kemungkinan dua kali lebih tinggi untuk menukar akaun atau penyedia perkhidmatan, menurut laporan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.