Skip to main content

Dunia

Hampir seluruh M'sia dijangka berdepan dengan ribut petir sepanjang minggu

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir seluruh M'sia dijangka berdepan dengan ribut petir sepanjang minggu

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 01 Sep 2022 08:00AM Dikemas Kini : 01 Sep 2022 02:33PM
KUALA LUMPUR: Hampir keseluruhan kawasan di Malaysia dijangka akan berdepan dengan keadaan hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh sepanjang minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dihubungi menjelaskan keadaan itu diramalkan akan membabitkan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia serta beberapa kawasan lain, dipetik daripada Astro AWANI.

"Tiupan angin barat daya mula mendominasi rantau negara. Sehubungan dengan itu, keadaan cuaca ribut petir dijangka berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, utara Sarawak dan barat Sabah pada sebelah pagi.

"Manakala pada sebelah petang pula ribut petir dijangka berlaku di pedalaman dan pantai timur Semenanjung Malaysia, pedalaman Sarawak dan timur Sabah," jelas METMalaysia dalam kenyataanya kepada Astro AWANI.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terbaru juga telah dikeluarkan pada Rabu (31 Ogos) membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita