Hampir kesemua pesawat Airbus A320 ditarik balik sudah diubah suai
Operasi pesawat Airbus hampir kembali normal pada Isnin (1 Dis) setelah syarikat pembuat pesawat Eropah itu melaksanakan perubahan sofwe mendadak lebih cepat daripada dijangkakan, sedang ia bergelut dengan liputan isu keselamatan yang sebelum ini banyak tertumpu terhadap pesaingnya, Boeing.
Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Operasi pesawat Airbus hampir kembali normal pada Isnin (1 Dis) setelah syarikat pembuat pesawat Eropah itu melaksanakan perubahan sofwe mendadak lebih cepat daripada dijangkakan, sedang ia bergelut dengan liputan isu keselamatan yang sebelum ini banyak tertumpu terhadap pesaingnya, Boeing.
Berpuluh-puluh syarikat penerbangan dari Asia hingga Amerika Syarikat menyatakan mereka sudah melaksanakan pengubahsuaian kecemasan terhadap sofwe seperti yang diarahkan oleh Airbus, dan dimandatkan oleh pengawal selia global, setelah kerentanan terhadap suar suria dikenal pasti menyusuli satu kejadian melibatkan pesawat JetBlue A320 yang berlaku ketika pesawat itu di udara.
Airbus menyatakan pada Isnin bahawa sebilangan besar daripada kira-kira 6,000 pesawat A320 yang terjejas oleh amaran keselamatan itu sudah menjalani pengubahsuaian, dengan kurang 100 pesawat masih perlu kerja-kerja pembaikan.
Namun, sesetengah pesawat perlu melalui proses lebih panjang dan syarikat penerbangan Avianca dari Columbia menggantung tempahan penerbangan hingga 8 Disember.
Sumber yang berpengetahuan tentang perkara itu berkata keputusan luar biasa untuk menarik balik separuh daripada jumlah pesawat A320 itu dibuat sejurus selepas terdapat kemungkinan yang belum terbukti, dengan penurunan altitud pesawat JetBlue pada lewat minggu lalu.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.