Skip to main content

Dunia

Hampir 90 titik panas akibat kebakaran hutan dikesan di Riau dan Sumatera

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini (27 Julai) mengesan 35 titik panas, iaitu tanda awal kebakaran hutan dan tanah di wilayah Riau berdasarkan imej satelit.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 90 titik panas akibat kebakaran hutan dikesan di Riau dan Sumatera

Polis dan bomba cuba memadamkan kebakaran hutan di Rokan Hulu, Riau. (Gambar fail: Antara Foto/Rony Muharrman/via REUTERS)

Diterbitkan : 27 Jul 2019 06:46PM Dikemas Kini : 27 Jul 2019 06:50PM

PEKANBARU: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini (27 Julai) mengesan 35 titik panas, iaitu tanda awal kebakaran hutan dan tanah di wilayah Riau berdasarkan imej satelit.

"Di Pulau Sumatera hari ini dikesan 54 titik panas, sebahagian besar di antaranya menyebar di Riau dengan jumlah mencapai 35 titik," kata seorang penganalisis BMKG di Pekanbaru, Bibin.

Sebilangan titik panas di Riau menyebar di Pelalawan (23), Siak (sembilan), Indragiri Hilir (dua), dan Indragiri Hulu (satu). Menurut analisis BMKG, 24 daripada 35 titik panas yang ada di wilayah Riau merupakan titik api, yang jelas menandakan kebakaran hutan dan tanah.

"Titik api terbanyak berada di Pelalawan dengan 19 titik dan Siak lima titik," kata Bibin, sambil menambah, titik kebakaran di Pelalawan yang tersebar dikesan di Kecamatan Langgam dan Pangkalan Kuras.

Kebakaran hutan yang tercetus di wilayah Riau menjejas mutu udara di Bumi Lancang Kuning sehingga terus menurun.

Jerebu tebal menyelaputi bandar Pekanbaru sehingga para penduduk terpaksa memakai pelitup muka dan mengurangkan kegiatan di luar rumah untuk menghindari kesan asap tebal terhadap kesihatan mereka.

Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Riau Edwar Sanger berkata bahawa pihak berkuasa sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan berbagai cara, termasuk menggunakan pesawat untuk melakukan operasi pengeboman air.

Para pegawai juga mendekati para penduduk untuk menggalakkan mereka supaya memainkan peranan aktif dalam usaha mencegah kebakaran hutan dan tanah, termasuk dengan segera melaporkan kejadian tanah atau hutan terbakar.

Dalam usaha mencegah kebakaran hutan dan tanah, pemerintah juga mengerahkan para pegawai untuk melakukan rondaan di wilayah-wilayah yang cenderung mengalami kebakaran hutan dan tanah.

Selain di Riau, sebilangan titik panas yang menandakan kebakaran hutan dan tanah juga dikesan di bahagian Pulau Sumatera yang lain seperti wilayah Lampung (12), Jambi (tiga), Sumatera Selatan (dua), Sumatera Barat (satu), dan Bengkulu (satu). 

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita