Hampir 8,000 bangunan di wilayah dilanda gempa Turki perlu dirobohkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kedutaan M'sia di Turki)
ISTANBUL: Hampir 8,000 bangunan di 10 wilayah Turki yang terjejas gempa dahsyat Isnin lalu, perlu dirobohkan dengan segera, kata Kementerian Sekitaran, Perbandaran dan Perubuhan Iklim negara itu pada Ahad (12 Feb).
Sekitar 6,000 kakitangan kementerian itu telah memeriksa 132,898, lapor Sputnik merujuk kepada kenyataan yang dilihat agensi itu.
"Sebanyak 7,584 sudah runtuh atau perlu dirobohkan manakala lagi 12,600 tidak sesuai dihuni akibat rosak akibat gempa," menurut kenyataan tersebut.
Tambah kementerian itu lagi, lebih 31,000 bangunan mengalami kerosakan sedikit, sementara lebih 60,000 tidak terjejas langsung.
Kementerian itu menganggarkan pemeriksaan ke atas kesemua bangunan akan selesai dijalankan dalam tempoh 3 hingga 4 hari.
Pada Isnin lalu (6 Feb), beberapa bahagian di Turki dan Syria dilanda satu siri gempa bumi dan gegaran susulan yang dahsyat. Ia meragut lebih 24,000 nyawa dan menyebabkan ribuan rumah runtuh.
Menteri Keadilan Turki Bekir Bozdag menegaskan pada Rabu (8 Feb) bahawa tiada mana-mana pihak akan terlepas daripada dipertanggungjawabkan atas kecuaian yang menyebabkan bangunan-bangunan tersebut runtuh.

BACA:
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.