Skip to main content

Dunia

Hampir 80 pelajar perempuan mangsa keracunan di utara Afghanistan

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 80 pelajar perempuan mangsa keracunan di utara Afghanistan

(Gambar: AP/Ebrahim Noroozi)

Diterbitkan : 05 Jun 2023 12:09PM
KABUL: Hampir 80 pelajar perempuan di Afghanistan menjadi mangsa keracunan dan dimasukkan ke hospital dalam dua serangan berasingan ke atas sekolah rendah mereka di utara Afghanistan.

Demikian menurut pegawai pendidikan tempatan pada Ahad (4 Jun).

Serangan itu yang pertama seumpamanya berlaku sejak Taliban mengambil laih kuasa pada Ogos 2021 dan mula mengambil tindakan keras terhadap hak dan kebebasan wanita serta kanak-kanak perempuan Afghanistan.

Pelajar perempuan dilarang mendapatkan pendidikan selepas darjah enam, termasuk pendidikan di universiti, dan wanita dilarang dari kebanyakan pekerjaan dan tempat-tempat awam.

Pegawai pendidikan itu berkata dalang serangan itu mempunyai dendam peribadi tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Serang itu berlaku di wilayah Sar-e-Pul pada Sabtu (3 Jun) dan Ahad.

Hampir 80 pelajar perempuan menjadi mangsa di daerah Sangcahrak, kata Mohammad Rahmani yang mengetuai jabatan pendidikan wilayah. Menurutnya 60 pelajar menjadi mangsa keracunan di Sekolah Naswan-e-Kabod dan 17 lagi di Sekolah Nawswan-e-Faizabad.

"Kedua-dua sekolah rendah itu terletak berdekatan satu sama lain dan disasarkan satu demi satu," kata Encik Rahmani kepada Associated Press.

"Kami menghantar pelajar itu ke hospital dan mereka ini sudah pulih".

Siasatan yang dijalankan jabatan tersebut menunjukkan seorang individu yang berdendam mengupah pihak ketiga untuk menjalankan serangan itu, tambah Encik Rahmani.

Beliau bagaimanapun mengatakan bagaimana pelajar-pelajar perempuan itu diracun atau kecederaan yang dialami. Encik Rahmani tidak mendedahkan usia mereka namun berkata mereka berada di peringkat darjah satu hingga enam.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita