Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket

Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program “Phuket Sandbox". 

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket

Gambar: AFP

Diterbitkan : 06 Jul 2021 03:52PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 03:54PM

BANGKOK: Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program “Phuket Sandbox". 

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat, Chatchai Viriiyavejakul, berkata ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing telah mendaftar, setakat ini, 6,119 telah diberikan Sijil Vaksinasi manakala 2,802 lagi menerima COE.

Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang kementeriannya telah menempatkan petugas tambahan. 

Kerajaan menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (S$372 juta).

Sumber : Bernama/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan