Hampir 60% rakyat M'sia setuju wajibkan semula pelitup muka
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Reuters/Lim Huey Teng)
KUALA LUMPUR: Pemakaian pelitup di seluruh dunia kembali hangat diperkatakan.
Ia berikutan peningkatan kes ketara di China manakala Amerika Syarikat turut melaporkan peningkatan kes melibatkan beberapa bandar dan daerah termasuk New York serta Los Angeles.
Kebimbangan penduduk dunia dirasakan selepas China yang berdepan dengan peningkatan kes mendadak kebelakangan ini, mengumumkan akan membuka sempadannya bermula Ahad ini.
Menurut satu tinjauan yang dijalankan sebuah media Malaysia, Astro AWANI,
sebanyak 58 peratus daripada keseluruhan respondennya bersetuju agar pemakaian pelitup diwajibkan semula di Malaysia.
Pada Selasa (3 Jan) lalu, kerajaan negeri Melaka tidak teragak-agak untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup di tempat orang ramai dan sesak sekiranya kes COVID-19 menunjukkan peningkatan.
Negeri Sembilan juga akan mewajibkan pemakaian pelitup sekiranya kes COVID-19 mencatat peningkatan mendadak di negeri itu.

Sumber : Bernama/LL/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.