Hampir 4000 saman dikeluarkan terhadap pemandu SG tanpa RFID
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 3,910 saman dengan kutipan denda kompaun sebanyak RM1.173 juta (S$359,249) terhadap kenderaan persendirian melibatkan warga Singapura kerana tidak memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing, sejak 1 Julai hingga Isnin (20 Okt).
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata setiap kenderaan itu dikenakan saman RM300 (S$91) dan operasi dilakukan di tiga lokasi iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) serta Taman Daya di Johor.
“Bagi jumlah saman yang dikeluarkan dalam tempoh itu di BSI adalah 1,765, manakala KSAB (2,064) dan Taman Daya (81). Kami mengenakan nilai saman yang maksimum dan pemandu warga Singapura ini telah diarahkan untuk membayar serta-merta,” katanya selepas Kursus Pemanduan Efisien kepada Pemandu di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bahru pada Selasa (21 Okt).
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini tindakan saman hanya dikenakan terhadap kenderaan persendirian, tetapi turut mengeluarkan 1,269 notis peringatan kepada kenderaan persendirian syarikat dalam tempoh itu.
Encik Muhammad Kifli berkata ini adalah kejayaan besar kerana sebelum ini, JPJ tidak dapat mengutip kompaun terhadap saman yang dikenakan ke atas pemandu warga Singapura.
Beliau berkata ini kerana ada yang akan menangguh dan enggan bayar apabila pulang ke negara mereka sehingga menyebabkan saman itu tidak dapat diselesaikan.
“… tetapi apabila kami arahkan mereka bayar serta-merta dan akan sita kenderaan jika tidak bayar, ia dilihat berkesan dan semua pemandu yang disaman akur dengan tindakan yang dilakukan pihak kami,” katanya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.