Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 40 tahun jemaah solat berpandukan arah kiblat salah di masjid ini

Para jemaah di sebuah masjid di Turki rupa-rupanya menunaikan solat berpandukan arah kiblat yang salah selama hampir empat dekad. Perkara ini hanya disedari baru-baru ini oleh seorang imam yang baru di masjid berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 40 tahun jemaah solat berpandukan arah kiblat salah di masjid ini

Gambar fail bendera Turki. (Gambar: Bulent Kilic/AFP)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 10:50PM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 10:53PM

TURKI: Para jemaah di sebuah masjid di Turki rupa-rupanya menunaikan solat berpandukan arah kiblat yang salah selama hampir empat dekad. Perkara ini hanya disedari baru-baru ini oleh seorang imam yang baru di masjid berkenaan.

Menurut Daily Sabah, arah kiblat di masjid yang terletak di Sugoren, di wilayah Yalova barat Turki 'terpesong' sebanyak 33 darjah.

Imam Isa Kaya dilantik menjadi imam di masjid tersebut pada tahun lalu. Selepas mendengar khabar angin tentang arah kiblat masjid berkenaan yang tidak selari dengan Kaabah di Makkah, beliau segera mendapatkan nasihat mufti tempatan, lapor The Independent.

Ustaz Kaya kemudian menandakan anak panah diperbuat daripada pita pelekat putih ke atas permaidani bagi menunjukkan arah kiblat yang betul.

The Independent difahamkan, seorang arkitek akan ditugaskan untuk mereka bentuk semula masjid berkenaan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan