Hampir 300 pelarian Rohingya dipindahkan dari pantai Aceh
Pihak berkuasa Indonesia sudah memindahkan hampir 300 orang pelarian Rohingya dari sebuah pantai di wilayah Aceh.

(Gambar: Hidayatullah/Media sosial)
ACEH: Pihak berkuasa Indonesia sudah memindahkan hampir 300 orang pelarian Rohingya dari sebuah pantai di wilayah Aceh.
Para pelarian itu menaiki sebuah bot kayu dan dipercayai berada di laut selama hampir enam bulan sebelum mendarat di pantai Ujong Blang dini hari tadi (7 Sep).
Seorang pegawai Agensi Pelarian PBB berkata keadaan para pelarian itu amat lemah.
Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka sudah dikejarkan ke hospital.
Sebuah pertubuhan bukan pemerintah percaya para pelarian Rohingya itu sudah ditahan oleh para pemerdagang manusia untuk mendapatkan wang dari keluarga mereka.
Pertubuhan itu percaya mereka merupakan sebahagian daripada 800 pelarian Rohingya yang meninggalkan kem-kem pelarian di bahagian selatan Bangladesh pada awal tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.