Skip to main content

Dunia

Hampir 3,000 individu muda ditahan kerana rasuah sejak 2014

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan seramai 2,740 individu berumur 40 tahun ke bawah daripada 5,186 tangkapan yang dibuat sejak 2014 sehingga bulan lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 3,000 individu muda ditahan kerana rasuah sejak 2014

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 17 Dec 2019 05:34PM Dikemas Kini : 17 Dec 2019 05:36PM

TAIPING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menahan seramai 2,740 individu berumur 40 tahun ke bawah daripada 5,186 tangkapan yang dibuat sejak 2014 sehingga bulan lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Encik Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata daripada keseluruhan 5,186 yang ditahan itu, seramai 2,428 atau 46.8 peratus adalah penjawat awam.

Bimbang dengan perkembangan tersebut, Encik Shamshun Baharin mahu semua pihak agar mengambil langkah pencegahan yang wajar untuk menanganinya dan SPRM sedia membantu.

"Kita perlu tangani masalah ini kerana kita risau golongan muda banyak terbabit dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Antirasuah Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini, hari ini (17 Dis).

Mengenai rasuah membabitkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Encik Shamshun Baharin berkata SPRM menerima sebanyak 1,871 maklumat termasuk penyelewengan dan salah guna kuasa bagi tempoh 2014 hingga 12 Dis lalu.

Menurut Encick Shamshun Baharin, daripada maklumat yang diterima, sebanyak 126 kertas siasatan sudah dibuka dan seramai 73 individu ditangkap sepanjang tempoh itu.

Terdahulu, dalam ucapannya Shamshun Baharin memuji usaha MPT sebagai PBT pertama di negara ini melancarkan Pelan Antirasuah 2020 hingga 2024 dan menyifatkannya sebagai komitmen serta keinginan warga organisasi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan bebas rasuah.

"Elemen integriti dan antirasuah tidak dapat dipisahkan dalam operasi harian mana-mana PBT supaya misi organisasi untuk menjadi penggerak berwibawa, dinamik dan berdaya saing dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran dapat dicapai," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita