Skip to main content

Dunia

Hampir 200 'warga Bangladesh' dalam keadaan bersesak di rumah kedai Indonesia: Polis

Hampir 200 lelaki yang dikenal pasti polis sebagai warga Bangladesh ditemui dalam keadaan bersesak dalam sebuah rumah kedai di Indonesia, menurut pihak berkuasa pada Rabu (6 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 200 'warga Bangladesh' dalam keadaan bersesak di rumah kedai Indonesia: Polis

Warga Bangladesh ditemui bersesak di rumah kedai di Indonesia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Feb 2019 10:21PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 10:25PM

MEDAN: Hampir 200 lelaki yang dikenal pasti polis sebagai warga Bangladesh ditemui dalam keadaan bersesak dalam sebuah rumah kedai di Indonesia, menurut pihak berkuasa pada Rabu (6 Feb).

Polis di bandar Medan di pulau Sumatera mendapat maklumat tentang kumpulan itu oleh para penduduk berdekatan yang berasa curiga.

Apabila polis menyerbu rumah kedai tersebut pada Selasa mereka menemui 192 lelaki, kebanyakannya dalam lingkungan usia 20an tahun yang tinggal dalam bangunan dua tingkat itu. Ramai di antara mereka mengadu kekurangan makanan, menurut pihak berkuasa.

Para pegawai berkata lelaki-lelaki tersebut dipercayai datang dari Bangladesh dan tinggal dalam keadaan sempit di rumah kedai itu sejak beberapa bulan lalu dengan harapan dapat pergi ke Malaysia untuk bekerja.

Buat masa ini belum jelas siapa pemilik bangunan itu dan penglibatannya dengan kumpulan tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ratusan pemohon suaka - kebanyakannya warga Afghanistan dan warga minoriti Rohingya dari Myanmar tiba di utara Sumatra, Indonesia.

Pada 2015, beratus-ratus kaum Muslim Rohingya tiba di Aceh, di mana mereka disambut baik.

Indonesia belum mengesahkan perjanjian PBB berhubung pelarian dan pemohon suaka dan pemohon suaka biasanya tidak dibenarkan bekerja di negara tersebut.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita