Hampir 20 penunjuk perasaan antikerajaan Thai dibebas dengan ikat jamin
Sebuah mahkamah Thailand membenarkan hampir 20 orang dibebaskan dengan ikat jamin.
Tunjuk perasaan di Bangkok, Thailand pada 15 Okt 2020 (Gambar: Pichayada Promchertchoo)
BANGKOK: Sebuah mahkamah Thailand membenarkan hampir 20 orang dibebaskan dengan ikat jamin.
Mereka sebelum ini ditangkap berkaitan bantahan antikerajaan di ibu kota Bangkok baru-baru ini.
Namun menurut sebuah kumpulan hak asasi tempatan, mereka yang dibebaskan itu tidak termasuk pemimpin-pemimpin utama bantahan tersebut.
Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha dilaporkan bakal mengadakan sidang parlimen bagi membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pergolakan tersebut.
Lebih 1,000 orang terus mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.